Rabu, 17 Julai 2013

Dan cerita pun bermula di sini

Bulan Ramadhan datang lagi, macam-macam juadah difikirkan untuk berbuka nanti,terlupa banyak yang tak boleh makan, ceritanya begini:- Pagi tadi aku ke klinik untuk sambung cuti sebab sakit mata, dah jumpa doktor aku pun bercerita yang aku dulu ada darah tinggi tapi kononnya sekarang dah ok dah, dah berenti ambik ubat darah tinggi, jadi doktor kata mai nak periksa, rupanya tekanan darah aku tinggi, bacaannya ialah 190/100, doktor bagi tazkirah juga lah, mana boleh berhenti begitu saja dan dia cadangkan aku pi periksa kat hospital, rehat katanya tapi aku tak mau pergi sebab tengahari nanti sapa nak ambik anak sekolah dan suruh aku sambung balik ambik ubat dan di samping itu amalkan juga ubat-ubat kampung, terima kasih doktor.

Jumaat, 19 Oktober 2012

KEHIDUPAN INI PENUH CABARAN

Anak-anakku...selagi kita bergelar insan kerdil selagi itu cabaran dan dugaan akan berada di sekeliling kita,tetapi ingatlah Allah memilih kita kerana Allah tahu kita insan yang boleh menghadapinya.
Anak-anakku...kehidupan ini penuh cabaran tetapi tanpa cabaran kehidupan tidak menarik,walau bagai mana pun ingatlah anak-anakku bahawa Allah mengetahui segala-galanya.
Anak-anakku...Ummi ingin berpesan apa juga yang akan anak-anakku lakukan mestilah secara waras, jangan ikut hati sebab orang-orang lama pernah berkata kalau ikut hati mati, ikut rasa binasa,gunalah akal fikiran yang waras untuk membuat keputusan.
Anak-anakku...Ummi selalu ingat kata-kata ini 'Kerana mulut badan binasa' tetapi cukup susah untuk mengawalnya kerana kita hanya ada satu mulut saja dan kita hanya boleh jaga mulut kita saja, mulut orang sendiri mau jaga,tapi Insyaalah kalau kita ingat bahawa Allah sentiasa bersama orang yang sabar kita akan dapat menghadapi apa jua dugaan dengan selamat...Insyaalah.AMIN.

Rabu, 19 September 2012

Mencari Keredhaan Ilahi

Sesekali keluar berjalan-jalan boleh jugak melapangkan fikiran,bukannya melarikan diri dari tanggungtjawab sebagai seorang ibu,di mana-mana berada ingatan pada anak-anak masih terpahat di fikiran, dah makan ke,dah tidur ke,dok buat apa sekarang ni, ummi harap semua anak-anak ummi berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu,berada di bawah lindungan ALLAH hendaknya.Ummi sekarang sedang berkursus di SABAH,sekarang kawan-kawan ummi sedang mereka laman web sendiri,ummi dah ada jadi ummi tak payah buat dah,semalam ummi pi walk-walk eat air kat Pusat Kraftangan Sabah,ada beli-beli barang sikit, untuk kali kedua ni tak le membeli sangat,ade sikit untuk kawan-kawan baik dan keluarga kat kampung.Besok masih disini,insyaallah doa ummi semuanya sejahtera,kenangan untuk semua sentiasa diberkati ILAHI.
Seronok tengok kawan-kawan ummi tengah dok buat blog depa, macam tu lah jadi orang lama ni baru nak belajar macam ummi jugak dulu.

Selasa, 28 September 2010

Lega habis dah UPSR

Izzah baru habis UPSR,hilang sat tension ,tapi masih ada lagi, masa result keluar,masa tu tak lena pulak tapi Insyaallah,mudah-mudahan Allah makbul doa ummi.


at Toyota

Nanti kakak pulak,ketepi sat facebook tu,jangan sesal kemudian,masa bukannya tunggu kita,makin hampir exam makin byk yg kena ready,mental emosi,fizikal dan mcm2 lagi,kena jaga makan,minum,tidur,rehat dll perlu ambil kisah,jgn byk tidur sangat,kot2 nanti sesal tak sudah,peluang tidak mai dua kali,SPMsangat penting.Ingatlah sesal dulu tak apa.
Harapan ummi agar anak-anak berjaya sebab ummi bukannya nak duduk tungkat langit,mana tau esok lusa pejam mata,hanya pelajaranlah yang akan menentukan dimana kedudukan dan tempat kita,duit kupang habis tapi ilmu tak luak sampai bila2.

Sabtu, 21 Ogos 2010

My second post :)

Sahur tadi bangun pukul biasa la,kul 5 pagi,bisa ja panas lauk,kejut Izzah,Iffah dan abah,ummi minum RXLITE ja,lepas tu tunggu sembahyang subuh,anak-anak tidur balik,puas kejut depa sembahyang subuh,lepas tu buat kerja rutin,rehat tunggu sembahyang zohor,rehat dan buat kerja sikit-sikit sampai asar,Izzah ajak pi Aneka,ada pertandingan Kligrafi,sori tak pi pun,takut mengantuk,petang berbuka di Haji Ramli Rest, balik terus pi solat terawih,alhamdulillah,habis sehari,besok akan datang dengan harapan semoga lebih baik dari hari ini.

20 tahun lagi kamil jadi lagu ni
izzah pon
iffah
bang met

Jumaat, 20 Ogos 2010

sayang anak-anak






butterfly 




Sebenarnya dalam dunia ini ada beberapa perkara yang menjadi keutamaan antaranya menjadi ibu yang dapat menjadi payung dan dahan kepada anak-anak berteduh,menyayangi mereka walau dalam apa jua keadaan tapi kadang-kadang tanpa disedari kita tertinggal perkara yang lain,walau macamana pun setiap saat dalam apa juga yang dilakukan perkara yang penting ialah ingatan pada anak,keluarga ,emak dan ayah yang menjadi keutamaan.


bukit bendera
dulu kala

Tetapi adakalanya anak-anak tidak sedar bahawa meraka adalah segala-galanya,tanpa mereka tak sempurna hidup.
Ketika mereka sakit,betapa sedihnya hati seorang ibu,kalau boleh ditukarganti biar ibu yang mengalami situasi itu.
Apa saja yang ada mau rasa diberi kepada mereka,tetapi sebagai ibu kadang-kadang tak tau nak cerita/tunjuk semua itu,mungkin disebabkan kesibukan tugas di tempat kerja ataupun kekangan yang lain,namun harapan dari seorang ibu agar semua anak-anak mengerti kasih ibu seluas dan sedalam lautan.


mayat hidup