Jumaat, 19 Oktober 2012

KEHIDUPAN INI PENUH CABARAN

Anak-anakku...selagi kita bergelar insan kerdil selagi itu cabaran dan dugaan akan berada di sekeliling kita,tetapi ingatlah Allah memilih kita kerana Allah tahu kita insan yang boleh menghadapinya.
Anak-anakku...kehidupan ini penuh cabaran tetapi tanpa cabaran kehidupan tidak menarik,walau bagai mana pun ingatlah anak-anakku bahawa Allah mengetahui segala-galanya.
Anak-anakku...Ummi ingin berpesan apa juga yang akan anak-anakku lakukan mestilah secara waras, jangan ikut hati sebab orang-orang lama pernah berkata kalau ikut hati mati, ikut rasa binasa,gunalah akal fikiran yang waras untuk membuat keputusan.
Anak-anakku...Ummi selalu ingat kata-kata ini 'Kerana mulut badan binasa' tetapi cukup susah untuk mengawalnya kerana kita hanya ada satu mulut saja dan kita hanya boleh jaga mulut kita saja, mulut orang sendiri mau jaga,tapi Insyaalah kalau kita ingat bahawa Allah sentiasa bersama orang yang sabar kita akan dapat menghadapi apa jua dugaan dengan selamat...Insyaalah.AMIN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan