Rabu, 17 Julai 2013

Dan cerita pun bermula di sini

Bulan Ramadhan datang lagi, macam-macam juadah difikirkan untuk berbuka nanti,terlupa banyak yang tak boleh makan, ceritanya begini:- Pagi tadi aku ke klinik untuk sambung cuti sebab sakit mata, dah jumpa doktor aku pun bercerita yang aku dulu ada darah tinggi tapi kononnya sekarang dah ok dah, dah berenti ambik ubat darah tinggi, jadi doktor kata mai nak periksa, rupanya tekanan darah aku tinggi, bacaannya ialah 190/100, doktor bagi tazkirah juga lah, mana boleh berhenti begitu saja dan dia cadangkan aku pi periksa kat hospital, rehat katanya tapi aku tak mau pergi sebab tengahari nanti sapa nak ambik anak sekolah dan suruh aku sambung balik ambik ubat dan di samping itu amalkan juga ubat-ubat kampung, terima kasih doktor.