Jumaat, 19 Oktober 2012

KEHIDUPAN INI PENUH CABARAN

Anak-anakku...selagi kita bergelar insan kerdil selagi itu cabaran dan dugaan akan berada di sekeliling kita,tetapi ingatlah Allah memilih kita kerana Allah tahu kita insan yang boleh menghadapinya.
Anak-anakku...kehidupan ini penuh cabaran tetapi tanpa cabaran kehidupan tidak menarik,walau bagai mana pun ingatlah anak-anakku bahawa Allah mengetahui segala-galanya.
Anak-anakku...Ummi ingin berpesan apa juga yang akan anak-anakku lakukan mestilah secara waras, jangan ikut hati sebab orang-orang lama pernah berkata kalau ikut hati mati, ikut rasa binasa,gunalah akal fikiran yang waras untuk membuat keputusan.
Anak-anakku...Ummi selalu ingat kata-kata ini 'Kerana mulut badan binasa' tetapi cukup susah untuk mengawalnya kerana kita hanya ada satu mulut saja dan kita hanya boleh jaga mulut kita saja, mulut orang sendiri mau jaga,tapi Insyaalah kalau kita ingat bahawa Allah sentiasa bersama orang yang sabar kita akan dapat menghadapi apa jua dugaan dengan selamat...Insyaalah.AMIN.

Rabu, 19 September 2012

Mencari Keredhaan Ilahi

Sesekali keluar berjalan-jalan boleh jugak melapangkan fikiran,bukannya melarikan diri dari tanggungtjawab sebagai seorang ibu,di mana-mana berada ingatan pada anak-anak masih terpahat di fikiran, dah makan ke,dah tidur ke,dok buat apa sekarang ni, ummi harap semua anak-anak ummi berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu,berada di bawah lindungan ALLAH hendaknya.Ummi sekarang sedang berkursus di SABAH,sekarang kawan-kawan ummi sedang mereka laman web sendiri,ummi dah ada jadi ummi tak payah buat dah,semalam ummi pi walk-walk eat air kat Pusat Kraftangan Sabah,ada beli-beli barang sikit, untuk kali kedua ni tak le membeli sangat,ade sikit untuk kawan-kawan baik dan keluarga kat kampung.Besok masih disini,insyaallah doa ummi semuanya sejahtera,kenangan untuk semua sentiasa diberkati ILAHI.
Seronok tengok kawan-kawan ummi tengah dok buat blog depa, macam tu lah jadi orang lama ni baru nak belajar macam ummi jugak dulu.